! MAINTENANCE !

SALAM BUAT RAKAN2 SEKALIAN..SAYA MOHON KEMAAFAN KERANA LAMA TIDAK UPDATE BLOG INI.SUDAH LAMA SAYA TRY MASUK ACCOUNT SAYA INI ,,,TETAPI TIDAK BERHASIL,,ALHAMDULILLAH ENTAH BAGAIMANA HARI INI SAYA BERJAYA........BLOG INI AKAN DI UPGRADEKAN..INSYA-ALLAH....

Friday, January 28, 2011

GAZA Selepas 27 Disember, 2008


GAZA - 27 Disember, 2009 - Siren dibunyikan pukul 11:20 pagi di setiap penjuru Palestin di Semenanjung Gaza bagi memperingati satu tahun pencerobohan Israel. Siren ini menandakan letupan bom pertama Israel dalam 'Operasi Cast Lead' setahun silam.

0

Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya telah memberikan ucapan di kaca television untuk memperingati 22 hari di mana Israel telah berkelakuan seperti binatang. "Tujuan memperingati tarikh ini ialah bagi menandakan bahawa perang dan pembunuhan akan tetap dikenang oleh umat manusia di seluruh dunia. Selain itu, agar para pemimpin perang Zionis itu mendapat hukuman," ungkap juru cakap Kementerian Dalam Negeri Palestin, Ihab al-Ghussein.

Pada Sabtu, 27 Disember, 2008, jet-jet sawat tempur Israel melancarkan serangan bertali arus ke wilayah Gaza yang berkepadatan penduduk 1.5 juta orang. Dalam serangan hari pertama sahaja, lebih dari 225 orang syahid. Jumlah tersebut meningkat kepada ribuan setiap hari. Menteri Dalam Negeri Palestin yang baru saja terpilih, Fathi Hammad, menyatakan bahwa pihaknya telah merekrut sekumpulan pasukan polis untuk menggantikan posisi anggota pasukan keselamatan Palestin yang syahid akibat serangan bom udara Israel.

0


"Ketika saya memegang jabatan ini, saya tahu bahawa akan berlaku kemungkinan-kemungkinan terbunuhnya anggota pasukan. Namun, saya percaya bahwa inilah risiko yang harus saya terima," ungkap Hammad. Beliau kembali menegaskan bahwa keutamaannya pada saat ini adalah menjamin ketenteraman warga Palestin, menentang segala bentuk pencerobohan, dan membangunkan kembali institusi keamanan yang telah diporak-perandakan oleh Israel.

Seramai 350 orang anggota polis syahid dan sekurang-kurangnya 60 bangunan kerajaan musnah. Kini Palestin bangkit kembali. Seramai 350 orang anggota polis baru telah mula bertugas, dan sebuah bangunan yang pernah menjadi serangan bom Israel siap diperbaiki dan sudah mula digunakan. Namun, pembaik-pulihan tidak berhenti setakat itu saja. Hammad masih memiliki tugas lain.

Perang di Semenanjung Gaza yang melibatkan Israel dan Hamas pada 2008 telah menyaksikan syahidnya 1,400 orang rakyat Palestin, termasuk 400 kanak-kanak dan 13 penduduk Israel. Ribuan rumah dan rumah kedai yang berada di sepanjang Semenanjung Gaza hancur akibat terkena serangan bom Israel. "Hari-hari serangan Israel merupakan hari-hari gelap. Pembunuhan berlaku di setiap jalan di Gaza. Waktunya telah tiba sekarang untuk kesatuan, perdamaian, keadilan, dan berakhirnya kepungan Israel," ujar Pengarah Operasi Darurat Gaza, Dr. Muawiya Hassanein, di mana 16 daripada sukarelawan paramediknya syahid semasa mereka berjuang membantu mangsa yang luka akibat bom fosfor milik Israel.

0


Pembiayaan USD5 juta untuk membangunkan kembali bangunan yang hancur akibat perang lalu hanyalah janji kosong kerana hingga kini warga Gaza masih ramai tinggal di kem-kem darurat. Salah seorang penduduk Semenanjung Gaza yang pernah berjuang adalah Issa Hamouda. Rumah pemuda ini hancur akibat serangan Israel. "Ada atau tidak bantuan pembangunan, kami tetap akan membangunkan kembali rumah-rumah kami, bata demi bata," ujur Hamouda.

Israel mendapat kecaman keras dari masyarakat antarabangsa dan kelompok hak asasi manusia yang menilai bahawa rejim Zionis itu menggunakan kekuatan berlebihan semasa gerakan pembunuhan ketenteraan itu berlaku. Sayangnya, kecaman itu hanya tinggal kecaman kerana hingga saat ini tiada satupun pemimpin Israel yang diseret ke muka pengadilan sebagai penjenayah. 

Sedutan dan disesuaikan dari sasak.net