! MAINTENANCE !

SALAM BUAT RAKAN2 SEKALIAN..SAYA MOHON KEMAAFAN KERANA LAMA TIDAK UPDATE BLOG INI.SUDAH LAMA SAYA TRY MASUK ACCOUNT SAYA INI ,,,TETAPI TIDAK BERHASIL,,ALHAMDULILLAH ENTAH BAGAIMANA HARI INI SAYA BERJAYA........BLOG INI AKAN DI UPGRADEKAN..INSYA-ALLAH....

Friday, November 26, 2010

Tentera Israel roboh masjid di Nablus

Harakahdaily
NABLUS, 26 Nov: Agensi Berita Palestin, Ma’an, semalam melaporkan bulldozer Israel telah meratakan sebuah masjid di persekitaran Yazra di bahagian timur pusat bandar Tebing Barat Tuba.

 

sumber:: LIFELINE 4 GAZA | BREAK THE SIEGE

Saturday, November 13, 2010

NORTH GATE,,satu2 nya jalan..

North Gate

"North Gate" Sempadan yang terletak di Semenanjung Gaza yang diberkati ini adalah satu-satunya jalan dari negara Islam yang diharapkan dapat memberi makna ikhsan kepada rakyat Palestin yang sudah bertahun lamanya menerima hukuman tanpa bicara, di mana dua keluarga yang asalnya bersatu kini dipisahkan, dan hanya akan dapat bertemu setelah menyeberangi sempadan tersebut. Hukuman yang berat ini menimpa setelah penjajah memperkosa tanah mereka dan melanggar segala bentuk sifat kemanusiaan.





Inilah Rafah yang terletak di selatan pantai Palestin, bersempadan di sebelah utara dengan Kota Khan Younis dan bersempadan dengan bumi Kinanah Mesir. Ianya dipisahkan di bahagian timur bersempadankan bumi yang dijajah pada tahun 1948 dan bertemu dengan laut Mediterranean di bahagian barat.

Terbentuk di lokasi yang cukup strategik di sepanjang aliran sejarah, ia pernah menjadi laluan bagi tentera Solahuddin al-Ayubi ketika membebaskan Baitul Maqdis dan begitu juga bagi pengkhianat yang merampas Palestin dari pemiliknya.

Sewaktu Zionis menduduki Rafah, pada tahun 1948, ia merupakan syurga bagi para pelarian Yahudi di bumi Palestin, samada di bandar mahupun di kampung-kampung, yang mereka namakan dengan nama-nama mereka, seperti "Yebna, Bashit, Asdod" dan lain-lain lagi. Kerakusan bagaimanapun telah mendorong mereka melakukan apa saja demi merealisasikan impian mereka, terutamanya dengan cara melakukan pembunuhan dan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan. Pada tahun 1967, Rafah diselubngi kemunduran sehingga menyeret mereka ke lembah hina di mana mereka sanggup melakukan apa saja untuk terus hidup tanpa mengendahkan lagi kepada nilai-nilai kemanusiaan atau keagamaan.




Rafah merupakan sebidang tanah yang penting dan ia adalah lambang bagi hubungan antara Gaza dan Mesir, disamping memberi banyak kesan yang besar kepada kehidupan penduduk yang tinggal di situ.

Dalam menghadapi sekatan dan kepungan musuh, mereka yang tinggal di bumi yang diberkati ini adalah contoh terbaik dalam perkara jihad, kesabaran dan ketekunan. 10 tahun Intifadah, dengan jumlah pengorbanan yang besar, telah memperlihatkan statistik yang seharusnya dibanggakan oleh umat Islam sedunia, di mana peningkatan jumlah syuhada sewaktu Intifadah ini adalah seramai 811 syahid, 3687 cedera dan 110 dipenjarakan.




Rafah telah menyaksikan pembunuhan paling ramai selama berlakunya Intifadah, terutamanya di Kaus Kazh, di mana 60 orang telah gugur syahid dan ribuan rumah serta tanah pertanian yang bersempadan dengan bahagian timur dan selatan Rafah telah dihacurkan penjajah.

Sebagai tindakbalas terhadap pembunuhan beramai-ramai ini, Intifadah telah melancarkan lebih dari 114 operasi dan berjaya membunuh lebih 84 orang Yahudi. 72% operasi dilancarkan melalui Rafah dengan melakukan penggalian terowong sehingga ke rumah-rumah, pos tentera, dan penempatan Yahudi lalu mengebom mereka dari bawah tanah sehingga menggerunkan rejim Israel dan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berundur dari Rafah. Antara operasi besar yang masih menghantui rejim Israel hingga ke hari ini ialah operasi-operasi di Gerbang Salahuddin dan kem Hardon yang canggih berdekatan dengan Yebna, yang mana hasilnya ialah penangkapan seorang askar Israel, Gilad Shalit, yang hingga kini masih menjadi tawanan perang Gaza-Israel.

Thursday, September 30, 2010

Masih Ingatkah Kita Kisah Muhammad Durrah



Image

30 September 2010 - Pada hari ini 30 September 2010 genap 10 tahun peristiwa syahidnya Mohd Durra dan ayahnya. Peristiwa yang penuh memberi makna kepada perjuangan Palestin dan Intifada (kebangkitan) masyarakat Palestin menuntut hak-hak mereka.

Pada 30 September 2000, adik Muhammad Al-Durrah dan bapanya, Jamal sedang berjalan di sebatang jalan di tebing Gaza, Palestin tiba-tiba mereka terperangkap di tengah-tengah pertempuran antara tentera Israel dan pihak berkuasa Palestin walaupun menjerit, merayu dan merintih agar dia dan anaknya tidak diapa-apakan, namun askar Israel tidak ambil peduli sebaliknya melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mereka anak beranak.Keduanya-duanya syahid di situ juga.

Pada hari tersebut 4 syahid dan 100 yang lain cedera di Nablus, dan juga 167 orang cedera di kawasan Masjid Aqsa membantah Ariel Sharon masuk ke masjid.

Tidak lama kemudian Israel dengan angkuh mengeluarkan kenyataan "LELAKI ITU MENGGUNAKAN ANAK SEBAGAI PERISAINYA !"

Setem memperingati peristiwa tersebut telah dikeluarkan oleh 7 buah negara Islam, Iran, Iraq, Jordan, Saudi, Tunis, Yemen dan Maghribi.

Kematian Yang sangat Indah..subhanallah

Friday, September 17, 2010

Friday, September 10, 2010

aidilfitri di palestin!!

Sunday, September 5, 2010

Rabbi Ovadia – Rakyat Palestin Harus Dihapuskan



    Menjelang sesi rundingan damai antara pihak Zionis Israel dengan pemimpin Otoriti Palestin di Washington pada 2hb September, ketua agama Shas, Rabbi Ovadia Yosef menggelar bangsa Palesin sebagai musuh ketat kepada Israel dan harus dihapuskan dari atas mukabumi ini.

     Shas, sebuah parti keagamaan Sephardic yang ditubuhkan pada tahun 1984, dikenali sebagai sebuah gerakanvmenjaga kepentingan dan penyatuan golongan Sephardic, iaitu golongan Yahudi keturunan Timur Tengah, dan Yahudi Ashkenazis, iaitu keturunan Eropah. Dalam pilihanraya Israel pada tahun 2006, Shas telah memenangi 12 kerusi dan menjadi sebahagian daripada gabungan parti Kadima yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Ehud Olmert.

kepada teman2 ku,,post ini bukan saja2 k bagi tahu..tetapi jgn lar teman2 buat2 x kisah..tapi pikir2kan lar!!

berita baru!!

ISRAEL RIA... Rejim Yahudi menyambut ulang tahun ke-59 penubuhan negara itu malam kelmarin dengan pertunjukan bunga api. Di sebalik suasana riang di sebelah Israel, Palestin meneruskan perjuangan berdekad lama untuk mendapatkan balik wilayahnya yang dikuasai rejim itu. – Reuters.
BANDAR GAZA 24 April – Sayap bersenjata pergerakan Hamas hari ini melancarkan berpuluh-puluh serangan ke atas Israel ketika negara Yahudi itu meraikan ulang tahun ke-59 penubuhannya.
Berikutan serangan itu, Briged Ezzedine al-Qassam mengisytiharkan gencatan senjata Palestin dengan Israel sejak lima bulan lalu sebagai sudah berakhir.
“Gencatan senjata tidak lagi wujud. Israel yang mula-mula tidak menghormatinya dan kini giliran pejuang Palestin pula,” kata jurucakap briged itu, Abu Obada.
Israel dalam reaksi segera menegaskan ia akan melancarkan serangan balas.
Kenyataan Briged Ezzedine al-Qassam sebelum itu menyebut, hampir 30 roket dan 61 peluru mortar ke arah negara Yahudi ketika ia menyambut Hari Kemerdekaannya sebagai “membalas dendam terhadap pembunuhan yang dilakukan musuh.”
Seorang jurucakap tentera berkata, dua serangan roket dan lapan serangan mortar mengenai Israel tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.
Tentera Israel telah menyebarkan risalah di utara Gaza semalam yang menyatakan amaran satu serangan besar-besaran akan dibuat sekiranya serangan roket tidak dihentikan dalam masa 48 jam.
Sayap bersenjata Hamas, yang juga sebahagian dari Kabinet campuran Palestin yang ditubuhkan pada 17 Mac lalu, kerap melanggar gencatan senjata antara pejuang Gaza dan pihak tentera Israel yang dipersetujui pada 26 November lalu.
Namun selepas insiden pembunuhan sembilan warga Palestin, termasuk dua remaja di Gaza dan Tebing Barat hujung minggu lalu, menyebabkan banyak kumpulan bersenjata diseru melanggar gencatan senjata tersebut.
“Kami menyeru Briged Ezzedine al-Qassam dan kumpulan pejuang yang lain agar bersatu serta menggunakan apa jua cara untuk membalas pembunuhan yang dilakukan,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum dua hari lalu.

Friday, September 3, 2010

coretan kak ana untuk wan!!! (PART 3)

wan..(part 3)

Isnin, 30 Ogos 2010

dah 5hari wan kat icu. tangan wan bengkak2. smlm dokter suruh pakcik sign consent utk jalankan dialysis kat wan. mula2 peritoneal dialysis, satu permanent tube besar dimasukkan dlm perut wan. den hemodialysis, satu lagi tube besar dimasukkan dlm paha wan. semua tu sbb kidney wan dah rosak. dokter ckp sbb bp wan terlalu rendah, so bnyk organ lain yg affected. takut ana tgk bnyk betul darah wan mengalir keluar melalui tube tu, msuk ke dalam machine, den masuk balik ke dalam badan wan. tak dapat ana bayangkan betapa sakitnya badan wan. dah la terlantar 5hari tak bergerak, kena pulak cucuk sana sini.

tapi hari tu keadaan wan nampak improved. bila ana tnya dokter, dokter kata terlalu awal utk kata wan is getting better. tapi hari tu ana tgk bp wan, heart rate wan, respiratory rate suma cantik. hati ni dah mula berbunga riang. mak, abah, tok suma nampak lega. wan pun dah mula bukak mata, mula faham apa yg kami ckp. bila ana suruh wan kejip mata, wan pun kejip. dila ckp mcm2 dgn wan, wan angguk2. tgn kaki wan suma aktif bergerak, cuma limited movement sbab tgn ngn kaki wan kena ikat. Alhamdulillah, hepi sgt tgk perubahan wan.

wan, lagi 2hari ana dah kena balik india. ana bagitau tok ana takmau balik lg, tp tok suruh ana balik, sbb tok risau ana balik sorg2. wan, ana nak teman wan kat icu, ana nak tgk wan sihat mcm dulu. tapi ana terpaksa balik. ana dah janji nak ubatkan wan, so ana kena balik utk teruskan perjuangan ana, smoga satu hari nnt ana dpt ubatkan wan.. :(

wan, ptg tu ana balik rumah, ana booking tiket flight dari penang ke lcct, dgn berat hati. ana ckp kat abah ana tak hepi nak balik, abah snyap ja. abah faham, kalau ana belajar kt dlm msia abah sanggup ja nak hantarkan ana balik bila2 masa, tapi apa nak buat, ana jauh :( ana tenangkan hati dgn kata keadaan wan dah bertambah baik, insyaAllah lepas ni wan mesti akan bertambah baik. 6bulan lagi ana akan balik jenguk wan...

Selasa, 31 Ogos 2010

wan, hari ni hari merdeka. dulu masa ana kecik2, wan mesti akan pasang bendera msia kt umah. wan mmg smngt bab2 negara ni. sebab wan dulu askar. 21thn wan jadi askar, berbakti utk negara. wan selalu cita kat ana pengalaman2 wan jadi askar. wan kata dulu wan keja merata tempat. sabah, sarawak suma wan dah smpai. wan selalu tunjuk kat ana album2 wan. wajah wan nmpak puas sgt stiap kali tgk gambar2 wan. wan mmg seronok jadi askar. smpai lepas wan pencen, setiap kali nak ke bendang, kebun kelapa sawit, kebun getah, wan akan pkai topi askar wan. mesti wan sorg askar yg hebat dlu kan? :)

tghari tu ana pegi lawat wan kat icu. tapi ana sedih sbb haritu wan dah tak gerak2 mcm semalam. wan nmpak letih sgt. anak mata wan nmpk putih ja. mata putih wan nmpak kekuning2kan. ana risau sgt, sbb kalau yg ana belajar bila mata putih jd kuning, tu symptom jaundice. maksudnya ada destruction of red blood cells dlm badan wan. ana ckp kt nurse tu, nurse tu kata its ok nnt dokter check. bila ana kata mata wan mcm kena jaundice, nurse tu gelak kat ana wan..huhu nurse, sy pun belajar jugak okie.. :(

adik2 decide nak balik skolah hari tu, tapi tgk keadaan wan, semua jadi tak smpai hati. ana lagi2 la, wan. dah la esok ana dah nak balik india. Ya Allah, beratnya hati ni. sepanjang ana kat india, ana selalu doa kt Allah, kalau Allah nak ambil wan atau sapa2 pun, ambillah waktu ana kt msia. wan, ana tak sanggup nak dngar berita sedih bila ana jauh beribu2 batu. sekurang2nya izinkan ana tatap wajah, kucup dahi org2 yang ana syg buat kali terakhir. kalau bole mlm tu ana nak temankan wan, tapi brg2 ana semua tak pack lagi. so ana pun balik. tgk keadaan wan, ana jadi sedih sgt. wan... :(

mlm tu, lepas ana kemas2 brg, ana tertido. letih sgt sbab semua benda kena settle dlm masa beberapa jam. hari tu la nak membeli brg bwk balik india, hari tu jugak la nak kena packing. ana beli mcm2 nak bwk balik, smpai luggage ana kena upgrade jd 30kg. maklumlah, nnt raya kt india. kena la bwk balik kuih raya, nasik himpit suma. kan wan?

pukul 11.05mlm, juan kol ana, tapi ana tak perasan sebab tgh tido. so juan pun kol mak. mak terus masuk bilik ana, bagitau wan tgh tenat, bp wan rendah sgt2. nurse dah panggil masuk bca yasin. semua org terus siap2 nak ke hospital. mlm tu dingin. rasa tenang ja. mlm ke-22 bulan Ramadhan. semua org tak bersuara dlm keta, masing2 berfikir, kalau la jadi mcm tu, kalau la jadi mcm ni..mcm2 dlm kepala ana waktu tu, wan. waktu tu ana dah nekad takmau balik india esok. tak kisah la ana kena balik sorg2 pun, yang pntg ana tak tinggalkan wan dlm keadaan tenat mcm tu. apa nak jadi, jadi la..ana syg wan, ana nak dekat dgn wan lebih2 lg bila wan tgh tenat mcm ni.

lepas setengah jam mengelamun, telefon mak berdering. waktu tu kami betul2 dah smpai kt pintu utama hospital.

'wan dah takdak...' terdengar suara dila sebak.

Inalillahiwainnailaihiroji'un..

air mata ana tumpah lagi, ana terdiam, kelu tak terkata.

susah nak terima hakikat akhirnya wan kluar dari icu, tp tak seperti yang ana bayangkan. jasad wan diusung atas troli mayat, ditutup dgn kain koko..

wan, wan dah jaga ana dari kecik, wan hantar, ambil ana dari sekolah, wan belikan semua yang ana nak, wan dah bnyk berjasa. ana selalu doa umur wan dipanjangkan, supaya ana boleh balas segala jasa wan. wan selalu kata kt ana, nnt dah jd dokter, sng la wan, tak payah nak p klinik, hospital. cucu wan boleh tgkkan wan kat umah ja.. wan, ana mintak maaf, ana tak sempat nak tunaikan impian wan tu. tapi ana lega, ana dapat jaga wan di hari2 terakhir wan.

Allah tu maha penyayang kan wan. Dia makbulkan doa ana, wan pergi waktu ana dekat dgn wan. walaupun ana tak sempat bersama2 wan waktu wan hembuskan nafas terakhir, sekurang2nya ana dapat kucup dahi wan, ana dapat tenung wajah wan puas2. wan nampak tenang, juan kata wan pegi pun senang. dlm bulan Ramadhan pulak tu. Alhamdulillah..insyaAllah, wan pegi dlm husnul khatimah.

wan, ana redha dgn pemergian wan. wan pun dah lama sakit, kali ni biarlah wan berehat kat sana.

wan, satu hari nnt ana ngn ahli keluarga yg lain pun akan ikut jejak langkah wan. insyaAllah kami akan sediakan bekalan akhirat supaya kita sekeluarga sama2 dapat berkumpul kt syurga Allah nnt..wan tunggu ana taw? ana sayang wan. syg sgt2..

wan, ana tak sempat nak ubatkan sakit2 wan. tapi ana janji selagi Allah izinkan ana bernafas, ana akan hadiahkan wan dgn kalimah2 Allah. ana akan selalu berdoa, agar Allah letakkan wan dlm kalangan org yang beriman. tu ja medium communication ana dgn wan sekarang ni. ana dah tak bole urut dada wan bila wan penat, ana dah tak bole pegang tgn wan kalau wan nk pegi tandas. ana dah tak bole kucup, usap dahi wan. tapi ana akan sentiasa ingat wan, ana janji..

wan, ana tak sangka air yang wan minum mlm tu minuman terakhir wan. puding jagung yang ana beli tu makanan terakhir wan. nasik terakhir yang wan jamah berlaukkan ikan siakap yang ana beli kt bazar Ramadhan. dah lama ana berhajat nak bawak wan makan ikan bakar, tapi keadaan wan tak mengizinkan. sehari sebelum wan masuk hospital, ana tergerak nak bli ikan siakap sweet sour, bg wan makan. ana belikan kuih seri muka kegemaran wan. wan makan walaupun susah nak telan.

wan, tompok2 darah wan kat bilik wan seolah2 kenangan terakhir yang wan tinggalkan sebelum wan pegi. hari2 sebelum tu, bila ana balik umah tok, ana nampak wan. wan duduk kat atas buaian, wan lambai2 bila ana ngn adik2 datang melawat wan. ana nmpak wan duduk atas kerusi plastik yg wan slalu duduk. ana dngar suara wan. masa ana mula2 smpai dari india tu, wan seronok sgt tnya psal india kat ana. tp wan tak ingat, wan ulang soalan yang sama2 bnyk2 kali. ana sebak sgt, tp ana takmau wan sedih, ana pun jawab berulang2 kali. wan tnya ana dah brapa lama kt india, ana ckp 5bulan. wan terkejut, wan merajuk sbb takdak sapa pun bagitau wan ana kat india. wan, tok selalu bagitau wan, tapi wan tak ingat :(

tapi hari tu, ana balik umah tok, ana tak nmpak wan. ana tak dengar suara wan. kerusi plastik yg wan selalu duduk tu jadi tempat letak kain pelekat wan. rupa2nya wan tgh tido atas katil kt ruang tamu. tapi tido wan yg kali ni lain sgt. ana dah tak dngar bunyi nafas wan, ana tgk badan wan dah tak bergerak. muka wan ditutup dgn kain putih...

wan ingat tak, ana bagi kat wan pen laser yg ada tulis manipal university. wan hepi sgt dapat pen tu. wan kata nak tulis nama cucu2 wan. tapi wan tak sempat pun nak tulis :(

wan, hari ni wan dah pegi buat slama2nya. tapi kenangan2 ana bersama wan takkan ana lupa. ana dah tak dapat ikut wan motong getah, tgk lembu kat kebun, turun bendang, tangkap ikan, tgk mesin padi, ronda2 pusing kampung. tapi ana janji, ana takkan lupa suma tu, taw wan?

wan, ana perlukan sedikit masa utk kembali ceria mcm dlu. buat masa ni ana lemah lagi nak hadapi setiap perkara dlm hidup ana. minggu depan ana dah nak start klas, terasa trauma sgt nak berhadapan dgn cadaver. blok baru ni ana akan blajar pasal kidney. mungkin jiwa ana akan terganggu skit stiap kali ana tgk kidney. tapi ana akan blajar jadi kuat. wan akan jadi kekuatan ana. mungkin ana tak dapat tolong rawat wan, tapi ana taw wan mesti gembira kalau ana dapat tolong org lain kan. insyaAllah segala yang ana buat, ana akan hadiahkan kepada wan. ana akan tolong wan selagi ana mampu. insyaAllah wan tenang n bahagia kat sana.

wan, Alhamdulillah pagi tu sebelum ana terbang ana dapat kucup pipi wan. ana terkilan tak dapat ikut wan ke tempat persemadian wan, tapi ana bersyukur, Allah dah bagi lebih dari apa yang ana minta. ana sempat mengaji beberapa juzuk utk wan, tu hadiah ana yang terakhir sebelum ana balik india. ana peluk tok, ana cium tok, ana taw tok lagi kuat dari ana. wan, ana janji ana akan jaga tok. tapi buat masa ni, ana jauh dari tok. ana janji lepas ana habis blajar kat india, ana akan tolong wan tengokkan tok. taw wan? ana taw wan syg tok. dulu wan slalu suruh ana tnya tok senyap2 tok syg wan tak. bila ana tnya tok, tok marah wan. gaduh2 manja. wan sweet sgt.. ana syg tok dgn wan..

pukul 7.30pagi, abah antar ana pegi penang airport. kaki ni terasa berat nak melangkah. tapi ana kuatkan diri, ana taw wan pun tak suka kalau ana sedih2. sebelum ana msuk departure gate, ana peluk abah. abah pesan ana jgn sedih2. yg dah lepas biar lepas. ana kena redha. wan dikebumikan pukul 11pg, waktu tu ana dlm flight ke kl. turun2 flight, ana call mak. Alhamdulillah, wan dah dikebumikan. semuanya berjalan seperti yg dirancang. wan, insyaAllah bulan 2 ni ana balik lg, ana akan melawat wan. hari2 ana akan melawat wan. ana syg wan. syg sgt2...

wan, ana dah smpai manipal. Alhamdulillah ana dah dpt tenangkan diri. tapi segalanya mengingatkan ana kat wan. smlm dlm bas, driver tu pasang lagu hindustan. org lain hepi dngar lagu2 hindustan, tapi ana sedih. sebab wan suka filem hindustan. masa ana kecik2, tiap2 hari sabtu wan akan ingatkan ana supaya ingatkan wan tgk cita hindustan kt tv3. wan, nnt kita tgk sma2 lg taw?

wan, ana tak sempat bwk wan jalan2 kat india. ana mintak maaf.. :(

wan, kita semua milikNYA. setiap yg bernyawa pasti akan merasa mati. setiap org akan kembali kepadaNYA. cuma masa wan lebih awal dari ana. wan, ana janji ana takkan sia2kan hidup ana. ana nak wan gembira tgk ana dari atas sana.

wan, ana akan rindukan wan. ana syg wan, dan ana akan sentiasa syg wan, smpai bila2. wan jgn lupa taw..

Ya Allah, tenangkan roh wan kat sana. lindungi wan dari segala seksa kubur. masukkan wan dlm golongan org yang beriman. Allahumma amin~

end of a life chapter. Saleh Bin Abdul Rahman, 1935-2010.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan dikembalikan.

-Al-Fatihah-

coretan kak ana untuk wan!!! (PART 2)

wan..(part 2)

Khamis, 26 Ogos 2010

Pagi tu ana smpai2 kt umah, tok terus tanya ana keadaan wan. ana bagitau tok, wan tgh kritikal, jantung wan tak sehat. mata tok terus bergenang. ana cakap kat tok yg ana sedih, masa anta wan td wan ckp bnyk, tapi masa ana tinggalkan wan, wan senyap tak kuar suara lgsg. masa kt emergency room wan sempat lg berseloroh ngn ana, wan ckp nafas wan kuat, pastu wan tnya ana dngar tak. ana angguk, wan tergelak kecil. tok suruh ana sabar, kata tok, nak buat mcm mana, kita doakan yg terbaik utk wan. insyaAllah tok, kita sama2 doa utk wan.

lepas sahur, ana pun siap2 nak solat subuh kt bilik wan. ana terpandang lantai tempat wan jatuh td. ada setompok darah pekat atas lantai tu. Ya Allah, kesiannya wan. mesti wan sakit kan. tp wan mmg kuat, bila ana tnya sakit tak, wan geleng2. tgn wan luka teruk, agaknya sbb masa jatuh tu wan cuba nak berpaut kat bucu katil, tapi last2 bucu katil tu cederakan tangan wan. ana tgk katil wan, bantal wan, bnyak tompok2 darah kering. wan, ana sebak sgt tgk suma tu.. :(

lepas tu ana tertido. kul 9 baru bgn. ana terus ajak pakcik pegi hospital. sampai2 kt hospital, ana nmpak troli mayat ditolak dari icu. hati ana berdebar2 time tu. terus ana pegi bilik wan, Alhamdulillah wan yg ana syg masih kt situ. rupa2nya pakcik yg katil bertentangan dengan wan yang meninggal. dokter sahkan dia kena pnyakit leptospirosis. pnyakit tu smakin menjadi2 kt area kulim skrg ni. habis semua kawasan air terjun dah kena tutup. smlm ana sempat smbg ngn abang pakcik tu, ada satu ayat dia yg buat ana betul2 terasa. dia ckp sapa2 yg ditempatkan kat icu tu, mmg akan kluar tak bernyawa. ana rasa mcm nak sumbat cili bnyk2 dlm mulut dia. bunyi mcm satu sumpahan pulak kt situ. hidup mati tu kan kuasa Allah. sapa dia nak tentukan nasib manusia. kan wan?

ana tgk keadaan wan, tak ada perubahan. BP wan still rendah. jantung wan nmpak ok sket, tapi dokter kata tu semua sebab ubat2 yg masuk ke dlm badan wan. kalau tak jntung wan sgt lemah nak pam darah. mcm2 dokter msukkan dlm badan wan, dopamine, noradrenaline, dobutamine, sumanya utk tlg jantung wan bekerja, n semuanya diberi dgn maximum dosage. dokter kt situ mmg baik, depa try buat yg terbaik utk wan. ana taw tu semua uk kebaikan wan, tapi ana tak sanggup tgk badan wan kena cucuk sana sini, plaster sana sini. kalau wan sedar, wan mesti dah tarik2 semua tu. sebab wan mmg tak suka kena cucuk. Ya Allah, kalau la ana dapat berkongsi kesakitan wan.. :'(

sepanjang hari tu, ada 3org meninggal dunia kt icu. ada sorg pakcik tu kan wan, dia temankan anak dia. anak dia baru umur 21tahun. anak dia kena sawan lepas tu terus koma. kesian ana tgk pakcik tu, dah bermalam2 dia tido atas lantai hospital yg sejuk tu beralaskan kotak berbantalkan lengan. dah la nyamuk bnyk kat situ. mlm tu kan wan, pakcik tu turun tgk tv kat bawah. nurse suma carik dia sebab anak pakcik tu tgh nazak. tp tak jumpa. ana tgk nurse2 tu ajar anak pakcik tu mengucap. tak lama lepas tu dengup jntung zero, suma wave2 dah bertukar jadi horizontal line.

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

pakcik tu pun masuk dlm bilik icu, tapi anak dia dah meninggal dunia. dia tak nanges, pakcik tu tabah sgt. dia ckp Alhamdulillah, sebab anak dia datang pada mlm jumaat, kembali pun pada malam jumaat, bln Ramadhan pulak tu. anak dia baik, tak pernah menyusahkan keluarga. pakcik tu ckp dia tak sanggup tgk anak dia terseksa, so dia redha. Subhanallah, mulia betul hati pakcik tu kan wan. tak lama lepas tu, troli mayat yg ditutup dgn kain koko tu pun diusung kluar ke bilik mayat. kali ketiga utk hari ni...

Jumaat, 29 Ogos 2010

malam tu ana, pakcik ngn juan tido kt icu. pagi tu lepas kluar bersahur, ana msuk icu nak tgk wan. ana tgk nurse ngn dokter2 tgh kelam kabut kt katil wan. sorg nurse tu cakap kt ana, 'dik, tokwan adik ni nmpak tenat. BP dia makin turun, inject apa pun dah tak respond. panggil adik beradik suma masuk baca yasin, ajar dia mengucap na?' Ya Allah, lidah ana kelu lepas nurse ckp mcm tu. air mata tumpah mcm hujan ribut. lutut ni terasa lemah sgt nak berdiri. ana asyik salahkan diri ana sebab setuju dgn cadangan dokter tu. ana asyik pikir, kalau la ana pilih choice yg lg satu, wan mungkin akan selamat. itu lah lumrah manusia kan wan, sentiasa diburu pilihan2 yg kita tak taw apa endingnya. teringat poem d road not taken. kalau la ana pilih jalan yg satu lg...

lepas sejam, semua ahli keluarga smpai. km bcakan yasin silih berganti. pakcik ngn juan bisikkan kalimah Allah tak henti2 kt telinga wan. nurse cadangkan nak buat CPR, tapi CPR hanya dapat tolong wan bernafas lebih lama, in d end wan akan pegi jugak, kata nurse tu. semua org tak setuju. biarlah wan pegi dgn tenang, tak perlu nak tmbah sakit wan lagi. so nurse pun tak jadi buat CPR..

sejam kemudian, BP wan naik. heart rate wan pun nmpak stabil. Alhamdulillah, wan dipanjangkan umur. wan kesayangan ana mmg kuat :)

sepanjang hari tu ana tunggu kat icu. mcm2 yang ana tgk, wan. ada sorg pakcik tu kan, dia admitted ke icu hari yg sama dengan wan. dia accident masa tgh bwk moto. ada kereta langgar dia, lepas tu dia terjatuh. den kena pulak gilis dgn lori. Ya Allah, hebatnya dugaanMu. umur pakcik tu 79tahun, tapi dia sihat. hari tu kan wan, dia pegi ambil bubur lambuk kat masjid, lepas balik dari masjid tu dia accident. pakcik tu dgn moto dia tercampak ke dlm longkang, sapa2 pun tak nampak. lori yg langgar dia terus lari. berjam2 pakcik tu dlm longkang, dlm keadaan sedar. mcm mana la perasaan dia tgk kaki dia hancur kena gilis kan wan.. :( lepas berjam2 dlm longkang tu, baru ada org nampak, waktu tu dah bnyk darah yg hilang.

pagi tu kan wan, pakcik tu kritikal. anak2 dia semua dah berkumpul kat icu. ana selalu sembang ngn sorg anak pakcik tu. dia baik sgt. dia la yg selalu cita pasal ayah dia kat ana. masa nurse panggil ajarkan pakcik tu mengucap, ana pun ikut masuk skali. waktu tu bp pakcik tu dah rendah. 40/27 mmHg ja. jantung pun dah slow. tak lama lepas tu, ana tgk heart rate dah 0. tapi pakcik tu nmpak bernafas lagi. dlm hati ana, ana rasa pakcik tu dah meninggal, cuma alat bantuan pernafasan tu yg menyebabkan pakcik tu bernafas. anak2 dia terus bisik kalimah syahadah kt telinga dia. sebak sgt suasana waktu tu. tu la pertama kali ana saksikan sakaratul maut. tak lama lepas tu, sorg dokter datang, sahkan pakcik tu dah meninggal. dia offkan alat bantuan pernafasan, dada pakcik tu tak bergerak, pakcik tu dah tak bernafas...

Ya Allah, daripadaMU kami datang, kepadaMU kami akan dikembalikan..

coretan kak ana untuk wan!!!

wan..(part 1)

Assalammualaikum wan..

wan sihat tak kat sana? mesti wan tenang kat sana kan :)

wan, baru 2hari wan tinggalkan kami, tp ana dah rasa rindu yang teramat sgt kat wan. ana tak pernah rasa kehilangan org yang betul2 ana syg. buat pertama kalinya, baru ana taw betapa sakitnya perasaan tu. wan, ana redha dgn pemergian wan, tapi smpai ke hari ni, ana belum cukup kuat nak hadapi hari2 seterusnya. setiap perkara yang ana tgk, ana dengar, ana makan, ana mesti teringat kat wan.. T.T

Rabu, 25 Ogos 2010

hari tu ana tido kat umah wan. dah 2mlm ana tido umah wan, terpikir jugak nak balik umah, tapi hati ni terasa berat sgt. ptg tu wan nampak penat sgt, nafas pun mcm tersekat2. wan berulang2 kali asyik kata 'wan penat ni, tak buat apa2 pun penat. nyawa tak lepas..' ana mampu tgk ngn dengar ja wan. ana mintak maaf wan, ilmu ana tak seberapa lg utk tlg ubatkan wan. hari tu wan tak selera nak makan. minum pun tak, wan kata susah nak telan. ana belikan puding jagung febret wan, ana potong empat, tp wan makan sepotong ja. sedih ana tgk, selalunya wan suka makan, bagi apa pun habis wan makan. tapi hari tu.. :(

petang tu ana tgh msk sayur cendawan kt dapur. wan asyik ulang- alik dari bilik ke dapur. wan nampak gelisah, tak senang duduk n tercungap2. ana suruh wan duduk, jgn gerak2, jgn ckp bnyk nnt lagi penat. tapi wan nak jugak ckp, wan kata kalau tak ckp nnt org kata wan sombong pulak. wan, dari kecik ana kenal wan. wan tak sombong taw wan. nafas wan bunyi kuat sgt, kroh..kroh.. bunyinya. wan memang selalu penat, tapi penat kali ni mmg lain sgt.

tgh2 kt dapur, tiba2 ana dngar makcik jerit, 'mak, mai tgk ayah pasepa ni, jatuh kot'. tok terus lari tgk wan. 'ana, ana, mai tgk wan ni...', tok panggil ana dgn suara tersekat2. terus ana lari tgk wan. Ya Allah, wan jatuh tertiarap atas lantai, badan wan lgsung tak gerak, suara wan tak kluar. terus ana ngn tok angkat wan. badan wan still tak gerak. Ya Allah, dahi ngn tangan wan penuh dengan darah. mata wan terbukak tapi sikit pun tak bergerak. ana nanges sambil suruh wan mengucap. time ana bisik 'Lailahaillallah' kat telinga wan, mata wan bergenang. mulut wan bergerak2 cuba mengikut. 5minit wan statik mcm tu, kemudian baru la wan mula bercakap n bergerak mcm biasa. Alhamdulillah, wan kembali bernafas, walaupun nafas wan nampak perit sgt.

wan ingat tak, hari tu paklang ngn fmly bukak posa kt umah wan. maklang msk mi kari. tapi wan tak jamah sikit pun, wan tertido time km tgh bukak posa. waktu berbuka tu, maklang ngn makcik gelakkan ana. depa kata ana panik masa wan jatuh td, smpai nanges merambu2, mcm mana nak jaga patient dah jd dokter nnt. wan, ana tak cukup kuat lagi. wan doakan ana kuat taw? paklang ngn pakcik decide nak bwk wan p hospital lpas terawih mlm tu. lega hati ana, ana dah tak sanggup tgk wan sakit mcm tu.

malam tu, wan terus siap2 nak pegi hospital. wan asyik kata' wan dah nak mati ni..' sedih ana dengar, 'wan jgn la ckp cmtu, mengucap bnyk2.' wan pun mengucap. dah siap2 suma, paklang ajak ana ikut skali bwk wan p hospital. smpai2 terus depa suruh ana bwk wan msuk zon merah. sebab wan nmpak kritikal sgt. lepas hantar wan nurse kt situ suruh ana kluar, depa nak rawat wan. sejam lepas tu, ada announcement suruh waris wan msuk. pakcik pun masuk, dokter kt situ bagitau pakcik keadaan wan. wan nmpak tenat katanya, so dokter suggest 'bed rest', wan diberi ubat tdo n msuk icu.

waktu tu kan wan, ana terdengar dokter kt situ ckp kt dokter sorg lg, 'obviously this patient has cardiomegaly'. ana terpandang chest x-ray wan, Ya Allah besarnya jantung wan. dgn size badan wan yang kecik, jntung wan seolah-olah dah occupy lebih dari setengah size badan wan. teringat apa yang ana belajar, cardiomegaly ni normal utk athletes, tapi utk normal ppl, it is absolutely abnormal, and not a good condition. it happens when d heart is forced to work more. ana pun tanya dokter tu, 'ada option lain tak dokter?' dokter tu ckp, 'd other option is to let him be like this. tapi kesian la tgk dia mcm ni.' ana memang tak smpai hati tgk wan cmtu, wan asyik ajak balik, serba salah ana dibuatnya. ana pun kata kat wan, 'kita nak berubat ni wan, kalau balik umah pun tak boleh buat apa2, wan penat ni'. wan mengangguk faham, wan mintak air, tu la kali pertama wan mintak air utk hari tu. nurse pun bg segelas air, wan teguk pelan2. pastu ana cakap kt pakcik, 'pakcik, ikut ja la apa dokter tu kata, takkan kita nak biar wan cmni..' pakcik angguk perlahan. lepas tu dokter suruh ana ngn pakcik kluar.

sejam kemudian, depa tolak wan kuar dari emergency room ke icu. ana, pakcik ngn paklang ikut wan dari belakang. tadi wan bergerak sana sini, mintak nak balik, mintak nak minum, tnya ana mana tok, tapi sekarang wan dah tak bergerak. takpa la, kesian wan dah bermalam2 tak dapat tido, at least bila dokter bg ubat tido, wan dapat rehat secukupnya. kan wan?

msuk ja icu, mcm2 wayar depa pasang kt mulut, tgn, badan wan. ada satu tube besar dlm mulut wan. tube tu dimasukkan smpai ke trachea, utk tolong wan bernafas. Alhamdulillah, nafas wan nampak makin tenang dgn adanya alat bantuan pernafasan tu. den dokter td kluar, dia ckp heart rate wan tinggi, 160/min. normal heart rate 75/min. blood pressure wan rendah. so dia ckp nak bg electric shock utk stablekan dengup jntung wan. selama ni ana selalu tgk dlm cita House mcm mana dokter2 bg shock tu, nampak cm sakit ja. ana tak smpai ati, tapi ana nak tgk wan sihat. ana terpaksa mengangguk. wan, ana mintak maaf, ana taw wan sakit kena shock tu, tapi pilihan apa yang ana ada.. :(

so, dokter pun bg electric shock kt dada wan. Alhamdulillah, jantung wan nampak stable sikit lepas tu, 100/min. lepas tunggu beberapa jam, ana, pakcik ngn paklang pun balik utk sahur. esok km datang lagi, masing2 dgn harapan keadaan wan akan btambah baik..

posted by izyani farhana::

BERHENTI SEKEJAP!!

buat semua teman2..


citer pasai palestin bhenti skejap nahh..
nnti bla dh update len nnti,,ak gtau..

Saturday, August 28, 2010

SLOGAN ISRAEL!!

 TIADA ISREL TANPA AL-QUDS
TIADA AL QUDS TANPA HAIKAL

Apa maknanya?Maknanya bagi israel tiada apa-apa selagi mereka tidak dapat kawasan Al Quds(kawasanmasjid Al Aqsa).sebab itu mereka tidak akan berhenti dari melakukan keganasan selagi tak dapat
kawasan tu.kmudian tambah lagi TIADA AL QUDS TANPA HAIKAL,maknanya kalau mereka dah dapat kawasan al quds sekalipun,mereka tak akan berpuas hati selagi mereka tak dapat membina haikal..

HAIKAL TU APA PULAK?
Menurut israel,mereka percaya bahawa tapak masjid AL Aqsa dahulunya adalah tapak kuil mereka yang dibina oleh SOLOMON(RAJA SULAIMAN)..sebab tu lar mereka bersungguh-sungguh nak dapatkan kawasan tu..TAPI kita kena ingat bahawa israel ni sapa?ISRAEL LAKNATULLAH ni pembohong besar,,pendusta..Dalam AL QURAN pun dah kata,,mereka ni adalah golongan pendusta,,golongan pembohong,,,,golongan penakut..mereka sangat bersungguh-sungguh nak dapatkan tapak tersebut..selepas mereka dapat mereka akan membina kuil di tapak runtuhan masjid al-aqsa..TAPI takkan kita nak biar cam tu ja..sedangkan masjid al-aqsa ini adalah masjid kiblat kita..masjid suci no. 2 bagi umat islam...

TAHUKAH ANDA??



Tembok Pemisah yang dibina secara haram di atas bumi Palestin oleh rejim haram Israel adalah sepanjang 730km. Ketinggiannya adalah 8 meter, dua kali ganda ketinggian Tembok Berlin. Kos binaannya adalah US$3.4billion, iaitu US$4.7m per km.
Tembok haram ini telah memenjarakan penduduk Gaza untuk keluar mencari rezeki.Penjara ini merupakan penjara terbuka yang terbesar di dunia.



Friday, August 27, 2010

MAVI MARMARA!!


Israeli Attack on the Mavi Marmara, May 31st 2010 // 15 min. 
*korang tgk ada helikopter kan,,tu hlicopter no.2,,yg tu mai tembk x clap4 org mati..heli yg ptama mai,,kena blasah dh ngan org islam atas kapal tuh..yelar xkan yahudi mai depa nk smbut dgn cara baik kot..pikiq balik r..yahudi yg kena blash tu depa buka baju dia,,korang tau ada pa...diorang dh ada siap dh list nk kena bunuh,,korang tgk ada seorang pak cik kat tgga dia tunjuk ada satu ketas mcm buku tu kan,,ha tu lar dia list org nk kena bunuh..



*pastue,,korg tgk..kan ada lastik kan.,.lastik tue org yahudi ambk..korg tau x lepaih dia ambk diorang buat pa..diorang bg kat  media massa depa n tulis HAMAS kat pmegang lastik tue..tu dia nk abaq pnya YAHUDI  punyalah pendusta...

Wednesday, August 25, 2010

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan Al-Aqsa?



Sebenarnya banyak langkah praktikal yang boleh kita lakukan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah:
  • Bermula dengan diri kita dengan mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam.
  • Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam, termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan Al-Aqsa, serta menyebarkan kesedaran tentang status sebenar Al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua cara.
  • Menganjurkan program berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra' dan Mi'raj ataupun pada Hari Al-Aqsa seDunia pada 21hb Ogos di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta melibatkan pihak media.
  • Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.
  • Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
  • Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, kemanusiaan dan keadilan sejagat.
  • Melonjakkan isu ini ke persada internasional kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
  • Berdoa kepada Allah (swt) agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.

Jom... kita bertindak segera secara berterusan dan sistematik demi masa depan Al-Aqsa. Sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita berganding bahu dan mengorak langkah ke hadapan bagi memperjuangkan kemuliaan Al-Aqsa yang tercinta.....
Semoga kita bertemu di Masjid al-Aqsa...


DETIK HITAM 21 OGOS!!


Kenapa dengan 21hb Ogos? Tarikh 21 Ogos adalah satu detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid al-Aqsa telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari Australia yang bernama Michael Dennis Rohan. 

Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitul Maqdis selama sehari-suntuk mengizinkan mereka untuk memadamkan api tersebut.

Adakah Michael Rohan bertindak bersendirian?
Tidak, sekali-kali tidak. 

Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersendirian dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai 'Solomon Temple' atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.



Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran tersebut telah ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Mahkamah Israel sememangnya sentiasa bersendiwara apabila memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan itu sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke Australia.

Michael Rohan pula dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang merupakan satu perintah dari tuhan. 

Apakah kesan pembakaran tersebut?
Pihak Zionis telah memulakan perancangan mereka terlebih awal dengan menutup saluran paip air menuju ke Masjid al-Aqsa agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasilnya yang maksimum. Tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut. 

Tindakan biadab tersebut telah menyebabkan:
  • Sebahagian besar Masjid Al-Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang. Kemusnahan tersebut melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1,500 meter persegi daripada 4,400 meter persegi keluasan masjid.
  • Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid turut hangus.
  • Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat Al-Quran.

Friday, August 13, 2010

Doa Qunut Imam Mekah

italy pon dah join!!!

Jumaat , 13/08/2010 – Lebih dari 30 institusi awam Itali telah bergabung dengan armada (kebebasan 2) yang dijadualkan akan bertolak sebelum akhir tahun ini dalam usaha untuk menghapuskan sekatan di Gaza yang telah berlanjutan untuk tahun keempat berturut-turut.
Seorang jawatankuasa dalam “Kempen Negara-Negara Eropah Menghapuskan Kepungan di Gaza” (salah satu organisasi yang bertindak sebagai penyelenggara armada) Mohammed Hanoun, telah bersetuju untuk membentuk sebuah Lajnah Itali yang berfungsi sebagai pengantara yang boleh menghubungkan antara Jawatankuasa Kempen Eropah dan Republik Itali,sebagai usaha penyusunan dan persediaan bagi melancarkan armada kebebasan terhadap Gaza.
Hanoun menambah lagi ketika membuat kenyataan kepada media “Safa” melalui telefon, bahawa persetejuan itu datang selepas perbincangan yang diadakan di Rom dengan penyertaan lebih dari 30 lembaga masyarakat awam di Itali di samping puluhan orang undang-undang di Itali.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Thursday, August 12, 2010

tembok besi MESIR-GAZA

FAKTA 01: TEMBOK KELULI DIBINA SEJAUH 11km, DAN SETINGGI 18-20 METER DARI PERMUKAAN TANAH.
Tembok keluli yang digunapakai oleh Mesir hampir menyerupai konsepnya dengan Sheet Pile Wall. Sheet Pile Wall ialah salah satu daripada pelbagai Tembok Penahan yang digunakan di Malaysia. Berikut ialah beberapa gambar berkaitan tembok penahan disekitar Lebuhraya di Malaysia.


Sheet Pile Wall ialah tembok cerucuk yang seringkali digunapakai dalam industri pembinaan, buat untuk menahan benteng-benteng yang dikorek, bagi mengelakkan tanah runtuh. Ianya mampu menahan tekanan bumi yang tinggi (high earth pressure) terutama sekali di kawasan tanah yang lembut. Kekuatannya terletak pada bahan dan ikatan diantara keluli dengan keluli yang lain. Sheet Pile Wall bukan sahaja terdapat dalam bentuk keluli (turut dikenali sebagai anchor sheet steel pile), tetapi boleh didapati dalam bentuk konkrit yang dibentuk di kilang. Kenapa dipanggil ‘Sheet’, ianya disebabkan kerana bentuknya seperti helaian kertas. Berikut merupakan sedikit gambar berkaitan sheet pile.



Sama bukan sepertimana yang dibina di Mesir, cuma yang bezanya adalah bahan yang digunakan.
FAKTA 02: BAHAN KELULI UNTUK TEMBOK DI MESIR MENGGUNAKAN BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI “SUPER-STRENGTH STEEL”. KEKUATAN BAHAN YANG DIGUNAKAN MEMBOLEHKAN KELULI INI TAHAN DARI SEBARANG AKTIVITI PEMOTONGAN, PENEBUKAN DAN LETUPAN BOM.
Kelebihan menggunakan Sheet Pile ini adalah ianya mudah dipasang (tidak mengambil masa yang lama) dan murah. Cukup sekadar menanam cerucuk berkenaan di dalam tanah menggunakan kuasa hidraul atau hentakan. Teknik penanaman cerucuk ini menggunakan konsep ‘jingsaw’ – mengunci di antara satu sama lain. Kebiasaannya, cerucuk ini dipasang sebagai struktur sementara (tiada nilai estetik) sebelum struktur yang kekal siap sepenuhnya. Namun demikian, ada juga yang menjadikan sheet pile ini sebagai struktur tetap.
Kenapa Mesir membina tembok berkenaan? Mesir menyatakan pembinaan tembok keluli itu adalah satu keputusan untuk mempertahankan kedaulatan yang bertujuan menghalang penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan yang digali secara haram dan digunakan untuk menyeludup pelbagai bekalan dan senjata. Ulama Jordan melihat tembok berkenaan akan memburukkan lagi sekatan yang sedang dilaksanakan Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan menghalang kemasukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi terowong rahsia berkenaan.
Prof Dr Yusuf Garadhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah ‘haram di sisi syarak’. Tambah beliau lagi, “Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri(penduduk Palestin di Gaza)”. Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam .. biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.

Sumber: sebuahbinaan.blogspot.com

AGENDA YAHUDI YANG KESEMBILAN(UNTUK MEMUSNAHKAN UMAT ISLAM)


Montgomery Watt
Montgomery Watt
1. Sehubungan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.
Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.
Ben Gurion
Ben Gurion
2. Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.
Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.
Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?

sumber : http://feryco.com/

Tuesday, August 10, 2010

amalan yang tidak diterima pada bulan ramadhan

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya seperti biasanya Rasulullah S.A.W dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulullah S.A.W keluar dari kelompok dan menepih kearah dinding. Kemudian Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya (layaknya orang berdoa) saat itu Rasulullah S.A.W mengatakan amin sampai tiga kali.
Setelah Rasulullah S.A.W mengusapkan kedua tangan diwajahnya (layaknya orang selesai berdoa) para sahabat mendekati dan bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amin sampai tiga kali?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya.”
“Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasulullah?” tanya sahabat. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab, “Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan”:
1. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan?. Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.
2. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.
3. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.
Demikianlah doa yang dibaca Jibril sehingga Rasulullah S.A.W mengaminkan sampai tiga kali. Namun disini ada 4 Faktor yang membuat doa tersebut pasti dikabulkan Allah iaitu:
1. Yang berdoa Jibril Mahluk yang sejak diciptakan tidak pernah membantah dan berbuat dosa kepada Allah.
2. Yang mengaminkan doa tersebut Muhammad manusia Maksum yang telah diampuni semua dosanya.
3. Tempat berdoa adalah Masjidilharam tempat yang mendapat berkah dari Allah.
4. Waktu berdoa adalah malam aidil fitri iaitu satu diantara sepuluh malam jika kita berdoa langsung di ijabah oleh Allah.
Jadi, jika kita ingin amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah, maka hindarilah tiga yang diatas kerana selama tiga persoalan di atas belum diselesaikan maka amal ibadah kita selama bulan Ramadhan masih dipending oleh Allah sampai kita menyelesaikannya.

source:cahaya mukmin