! MAINTENANCE !

SALAM BUAT RAKAN2 SEKALIAN..SAYA MOHON KEMAAFAN KERANA LAMA TIDAK UPDATE BLOG INI.SUDAH LAMA SAYA TRY MASUK ACCOUNT SAYA INI ,,,TETAPI TIDAK BERHASIL,,ALHAMDULILLAH ENTAH BAGAIMANA HARI INI SAYA BERJAYA........BLOG INI AKAN DI UPGRADEKAN..INSYA-ALLAH....

Friday, February 4, 2011

trailer ::Valley of the Wolves Palestine Trailer [with English subtitles] BEST MO...

Israel Amat Takut Dengan Perkembangan Terbaru Di Mesir…

Egyptian demonstrators gather in Tahrir Square, in central Cairo, on January 31, 2011, on the seventh day of protests against long term President Hosni Mubarak's regime.
An Egyptian female demonstrator holds up a sign calling for the end of the current regime as she and others gather in Tahrir Square, in central Cairo, on January 31, 2011, on the seventh day of protests against long term President Hosni Mubarak's regime.

An Egyptian demonstrator holds up a sign calling for the end of the current regime as he and others gather in Tahrir Square, in central Cairo, on January 31, 2011, on the seventh day of protests against long term President Hosni Mubarak's regime.

Komen Pertama PM Israel, Benjamin Netanyahu

“Kami amat cemas memantau apa yang sedang terjadi di Mesir dan di wilayah kami,” kata Netanyahu sebelum pertemuan mingguan kabinetnya hari Ahad lepas.
“Israel dan Mesir telah berdamai selama lebih dari tiga dekad dan tujuan kami adalah untuk memastikan bahwa hubungan ini dipertahankan. Pada saat ini, kita harus menunjukkan tanggung jawab, menahan diri dan berhati-hati semaksimun yang boleh, “tambah Netanyahu.
Itu adalah komen tahap tertinggi yang pertama dari Israel…
Dengan komen PM Israel ini, diharap kita semua sudah faham dan jangan ada lagi yang berfikir dengan lutut terhadap situasi Politik yang berlaku di Mesir sekarang ini.. Kita sudah Kenal siapa Netanyahu dan Siapa dia Sahabat baiknya Mubarak.. Betapa sayangnya Israel pada Diktator Hosni Mubarak saling tak tumpah seperti menantang Beruk Minyak Yang Penuh..
……………………………………………….
Israel Amat Takut kalau Mubarak Jatuh kerana:
- Kemungkinan Dasar luar Mesir dengan Israel akan berubah
- Hamas akan menyeludup senjata melalui sempadan Rafah dan Gaza dengan mudah.
- Ikhwan Muslimin di Mesir bebas menghulurkan bantuan kepada Hamas di Gaza.
- Bebasnya rakyat Mesir dan Palestin berulang alik dari Mesir ke Palestin dan dari Palestin Ke Mesir..
- Yang paling mereka takut sekali ialah sejarah hitam kekalahan mereka kepada tentera Mesir di Semenanjung Sinai pada tahun 1973 akan berulang( sejarah peperangan 6 hari dalam bulan Ramadhan) walaupun pada ketika itu mereka telah membina kubu bawah tanah yang dianggap yang terkuat dan terkebal di Dunia yang  mereka bina dari besi,keluli dan simen apabila mereka menakluki semenanjung sinai pada tahun 1967..

MUHASABAH DIRI (potongan dari SOLUSI,no. 27)

SOALAN BOCOR

apa yang akan ditanya di alam kubur nanti sudah pasti ramai yang mengetahuinya.Tetapi kita harus tahu bahawa alam barzakh dan akhirat adalah alam yang tidak sama sekali dengan kehidupan kita di dunia.Kekuatan ingtaan,kecerdasan akal fikiran untuk menjawab soalan2 di alam barzakh tidak akan menjamin kita untuk menjawab soalan itu dengan cemerlang.Apa yang menentukan kita ialah amalan kita di DUNIA.oleh itu kita perlulah melakukan beberapa perkara di dunia ini..

SOALAN DI ALAM BARZAKH

1.SIAPAKAH TUHAN KAMU?
jawapannya sudah pasti ALLAH S.W.T.
apa yang perlu kita lakukan :TAUHIDKAN ALLAH.SEMBAH DAN LAKSANAKANLAH IBADAH DENGAN SEBAIKNYA..

2.APA AGAMA KAMU?
jawapannya sudah pasti ISLAM.
apa yang perlu kita lakukan: JADIKAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP.

3.SIAPA NABI KAMU?
jawapannya sudah pasti RASULULLAH S.A.W
apa yang perlu kita lakukan: MENYAYANGI RASULULLAH S.A.W DAN MENGIKUTI SUNNAH BAGINDA.

Friday, January 28, 2011

GAZA Selepas 27 Disember, 2008


GAZA - 27 Disember, 2009 - Siren dibunyikan pukul 11:20 pagi di setiap penjuru Palestin di Semenanjung Gaza bagi memperingati satu tahun pencerobohan Israel. Siren ini menandakan letupan bom pertama Israel dalam 'Operasi Cast Lead' setahun silam.

0

Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya telah memberikan ucapan di kaca television untuk memperingati 22 hari di mana Israel telah berkelakuan seperti binatang. "Tujuan memperingati tarikh ini ialah bagi menandakan bahawa perang dan pembunuhan akan tetap dikenang oleh umat manusia di seluruh dunia. Selain itu, agar para pemimpin perang Zionis itu mendapat hukuman," ungkap juru cakap Kementerian Dalam Negeri Palestin, Ihab al-Ghussein.

Pada Sabtu, 27 Disember, 2008, jet-jet sawat tempur Israel melancarkan serangan bertali arus ke wilayah Gaza yang berkepadatan penduduk 1.5 juta orang. Dalam serangan hari pertama sahaja, lebih dari 225 orang syahid. Jumlah tersebut meningkat kepada ribuan setiap hari. Menteri Dalam Negeri Palestin yang baru saja terpilih, Fathi Hammad, menyatakan bahwa pihaknya telah merekrut sekumpulan pasukan polis untuk menggantikan posisi anggota pasukan keselamatan Palestin yang syahid akibat serangan bom udara Israel.

0


"Ketika saya memegang jabatan ini, saya tahu bahawa akan berlaku kemungkinan-kemungkinan terbunuhnya anggota pasukan. Namun, saya percaya bahwa inilah risiko yang harus saya terima," ungkap Hammad. Beliau kembali menegaskan bahwa keutamaannya pada saat ini adalah menjamin ketenteraman warga Palestin, menentang segala bentuk pencerobohan, dan membangunkan kembali institusi keamanan yang telah diporak-perandakan oleh Israel.

Seramai 350 orang anggota polis syahid dan sekurang-kurangnya 60 bangunan kerajaan musnah. Kini Palestin bangkit kembali. Seramai 350 orang anggota polis baru telah mula bertugas, dan sebuah bangunan yang pernah menjadi serangan bom Israel siap diperbaiki dan sudah mula digunakan. Namun, pembaik-pulihan tidak berhenti setakat itu saja. Hammad masih memiliki tugas lain.

Perang di Semenanjung Gaza yang melibatkan Israel dan Hamas pada 2008 telah menyaksikan syahidnya 1,400 orang rakyat Palestin, termasuk 400 kanak-kanak dan 13 penduduk Israel. Ribuan rumah dan rumah kedai yang berada di sepanjang Semenanjung Gaza hancur akibat terkena serangan bom Israel. "Hari-hari serangan Israel merupakan hari-hari gelap. Pembunuhan berlaku di setiap jalan di Gaza. Waktunya telah tiba sekarang untuk kesatuan, perdamaian, keadilan, dan berakhirnya kepungan Israel," ujar Pengarah Operasi Darurat Gaza, Dr. Muawiya Hassanein, di mana 16 daripada sukarelawan paramediknya syahid semasa mereka berjuang membantu mangsa yang luka akibat bom fosfor milik Israel.

0


Pembiayaan USD5 juta untuk membangunkan kembali bangunan yang hancur akibat perang lalu hanyalah janji kosong kerana hingga kini warga Gaza masih ramai tinggal di kem-kem darurat. Salah seorang penduduk Semenanjung Gaza yang pernah berjuang adalah Issa Hamouda. Rumah pemuda ini hancur akibat serangan Israel. "Ada atau tidak bantuan pembangunan, kami tetap akan membangunkan kembali rumah-rumah kami, bata demi bata," ujur Hamouda.

Israel mendapat kecaman keras dari masyarakat antarabangsa dan kelompok hak asasi manusia yang menilai bahawa rejim Zionis itu menggunakan kekuatan berlebihan semasa gerakan pembunuhan ketenteraan itu berlaku. Sayangnya, kecaman itu hanya tinggal kecaman kerana hingga saat ini tiada satupun pemimpin Israel yang diseret ke muka pengadilan sebagai penjenayah. 

Sedutan dan disesuaikan dari sasak.net