Sebenarnya banyak langkah praktikal yang boleh kita lakukan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah:
- Bermula dengan diri kita dengan mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam.
- Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam, termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan Al-Aqsa, serta menyebarkan kesedaran tentang status sebenar Al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua cara.
- Menganjurkan program berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra' dan Mi'raj ataupun pada Hari Al-Aqsa seDunia pada 21hb Ogos di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta melibatkan pihak media.
- Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.
- Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
- Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, kemanusiaan dan keadilan sejagat.
- Melonjakkan isu ini ke persada internasional kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
- Berdoa kepada Allah (swt) agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.
Jom... kita bertindak segera secara berterusan dan sistematik demi masa depan Al-Aqsa. Sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita berganding bahu dan mengorak langkah ke hadapan bagi memperjuangkan kemuliaan Al-Aqsa yang tercinta.....
Semoga kita bertemu di Masjid al-Aqsa...
No comments:
Post a Comment