
![]()  | 
|   | 
BANDAR  GAZA 24 April – Sayap bersenjata pergerakan Hamas hari ini melancarkan  berpuluh-puluh serangan ke atas Israel ketika negara Yahudi itu meraikan  ulang tahun ke-59 penubuhannya.
Berikutan  serangan itu, Briged Ezzedine al-Qassam mengisytiharkan gencatan  senjata Palestin dengan Israel sejak lima bulan lalu sebagai sudah  berakhir.
“Gencatan senjata tidak  lagi wujud. Israel yang mula-mula tidak menghormatinya dan kini giliran  pejuang Palestin pula,” kata jurucakap briged itu, Abu Obada.
 Israel dalam reaksi segera menegaskan ia akan melancarkan serangan balas.
Kenyataan  Briged Ezzedine al-Qassam sebelum itu menyebut, hampir 30 roket dan 61  peluru mortar ke arah negara Yahudi ketika ia menyambut Hari  Kemerdekaannya sebagai “membalas dendam terhadap pembunuhan yang  dilakukan musuh.”
Seorang jurucakap  tentera berkata, dua serangan roket dan lapan serangan mortar mengenai  Israel tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.
Tentera  Israel telah menyebarkan risalah di utara Gaza semalam yang menyatakan  amaran satu serangan besar-besaran akan dibuat sekiranya serangan roket  tidak dihentikan dalam masa 48 jam.
Sayap  bersenjata Hamas, yang juga sebahagian dari Kabinet campuran Palestin  yang ditubuhkan pada 17 Mac lalu, kerap melanggar gencatan senjata  antara pejuang Gaza dan pihak tentera Israel yang dipersetujui pada 26  November lalu.
Namun selepas insiden  pembunuhan sembilan warga Palestin, termasuk dua remaja di Gaza dan  Tebing Barat hujung minggu lalu, menyebabkan banyak kumpulan bersenjata  diseru melanggar gencatan senjata tersebut.
  “Kami menyeru Briged Ezzedine al-Qassam dan kumpulan pejuang yang lain  agar bersatu serta menggunakan apa jua cara untuk membalas pembunuhan  yang dilakukan,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum dua hari lalu. 

No comments:
Post a Comment